Isnin, 2 Februari 2009

Keluarga Saya



Dari kiri: Salini, Nu'man dan Ulwan

Inilah ahli keluargaku. Isteriku bernama Salini bt Suid. Beliau baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 27 pada 16 Januari yang lepas. Beliau bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Tahfiz Al Islah, Kg Tok Bedu, Tasek Gelugor.


Kami telah berkahwin pada 5 Disember 2004 di Surau Al Ehsan, Taman Samudera, Seri Manjung, Perak. Perkahwinan yang telah berusia empat tahun ini telah dikurniakan dua oran cahaya mata lelaki. Alhamdulillah.

Anak sulung kami diberi nama Ulwan. Sekarang ini berusia tiga tahun empat bulan. Ulwan dilahirkan di Hospital Bersalin Pulau Pinang melalui proses pembedahan. Tarikh kelahiran ialah pada 11 Ramadhan 1426 Hijrah bersamaan dengan 14 Oktober 2005. Kini, Ulwan belajar di Taska Sekolah Tahfiz Al Islah. Belajar budak-budak je.

Anak kedua kami pula ialah Nu'man. Nu'man dilahirkan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 5 Jamadil Akhir 1428 Hijrah bersamaan dengan 21 Jun 2007. Kini berusia setahun lapan bulan, Nu'man diletakkan di sebuah pusat jagaan anak ketika kami keluar bekerja.
Cukup dulu setakat ini. Lain kali saya akan sambung dan ceritakan tentang diri saya pula.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..semoga muallim & muallimah teruskan berjuang di STAIL wa SMART..he2..

Budiyanto b Unggun berkata...

insya Allah...doakan kami diberi kekuatan oleh Allah. terima kasih kerana sudi lawat blog muallim