Sabtu, 10 April 2010

Perkongsian Ilmu Bina Blog

Hari ini, 10 April 2010 saya bersama sahabat-sahabat dalam Ikatan muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kepala Batas bersama-sama menjayakan perkongsian ilmu membina blog peribadi. Program ini telah dirancang lebih kurang sebulan yang lalu bermatlamatkan setiap ahli ISMA Pulau Pinang mempunyai blog peribadi. Dengan setiap ahli ISMA Pulau Pinang mempunyai blog peribadi adalah diharapkan visi dan misi ISMA akan menjalar ke dalam masyarakat dengan lebih cepat, berkesan dan efisien.


Pada minggu lepas, Sabtu beberapa orang ahli wanita ISMA Pulau Pinang telah berjaya membangunkan blog peribadi masing-masing. Kejayaan mereka menghasilkan blog sendiri amatlah bermakna bagi mereka secara peribadi. Kepuasan jelas terpancar di wajah masing-masing sebaik melihat blog buatan sendiri terpapar di alam maya.

Selepas ini diharapkan semua ahli ISMA Pulau Pinang yang telah mempunyai blog sendiri akan menggunakan ruang dan peluang ini dengan sebaik-baiknya demi melihat masyarakat Islam di Malaysia benar-benar mengabdikan diri kepada Allah s.wt.

2 ulasan:

Jamal Rafaie berkata...

Tahniah ustaz.. Teruskan berblogging dan sampaikan risalah Islam..

Budiyanto b Unggun berkata...

terima kasih Jamal. semoga persada maya ini dapat kita aktifkan dengan tulisan serta risalah yang bermanfaat untuk ummah, insya allah.